3 Mei 2012

Kaki semakin pulih. Alhamdulillah..

30 April haritu aku pergi jumpa doktor pakar tulang di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu seperti temujanji yang telah dibuat.

Syukur hasil xtray menunjukkan tulang terak sudah bercantum baik. Tapi doktor cakap dia akan buka POP aku separuh. So kalau nak jalan katanya pakai la casing tu. Hu, aku dah tak tahan menahan kegatalan di kulit kaki yang berbalut.

So, proses membuka tu agak menakutkan juga lah.. Ada mesin khas macam mesin potong daging. Tp jenis bergegar pada tekanan tinggi. Mujur doktor pakar yang buat. Kalau nurse pelatih bukakan, aku sanggup buka sendiri woo.. Seram kecut perut aku.

Doktor suruh cuci kaki di tandas, tiba tiba gayat aku nak jalan. Lagi pun buku lali masih bengkak. Sakit lagi aku nak jalan. So guna kerusi roda juga lah..

Balut semula bandage dgn casing separuh tu, ok dah siap. Bayar bil boleh tahan ek harganya. Kenapa le aku tak jadi doktor dulu...

Setelah beberapa hari, bengkak tu dah makin surut. Petuanya hanya perlu letak kaki sentiasa di paras tinggi dengan bantal. Ada saat kemuncak, kesakitan akan berdenyut denyut. Lepas tu beransur baik..

Hopefully by tomorrow aku dh boleh jalan elok. Hari ni aku cuba jalan x pakai tongkat dah..

Jutaan terima kasih kepada suami aku yang banyak tolong.. Banyak ok.. Benda dia tak pernah buat pun dia ada tolong aku.. Hehe siapa lagi kan nak tolong kalau bukan laki sendiri.. Sayang kamooo!!!

2 ulasan:

  1. apa yg buat ko jadi mcm ni fizan? aku terlepas cerita la pulak... eh minggu depan kami plan nak jalan kota bharu la... tempat makan mana yg best eh?

    BalasPadam
  2. Eh teruk juga ye fizan. Moga cepat sembuh ya.

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..