23 Julai 2012
Sambal Ketuk Jawa
Lama tak masukkan entry masakan ye.. Ramadhan kali ni mood masak suda mari!! Malas le nak gi pasar ramadhan yang pastinya sesak dengan orang. Harga hilang akal. Lagi cuaca panas.. eww tidak la makkk.. baik aku lenguh kaki berdiri masak dr lenguh kaki jalan di pasar ramadhan alih alih balik rasa lauk/kuih dibeli hampeh!!!
Ok semalam dorang cerita pasal sambal ketuk ni.. teringin nak rasa, aku pun buat.. macam sedap... tp mmg dorang kata sedap... yang penting senang buat...
RESEPI SAMBAL KETUK
¤ 100g ikan bilis goreng rangup dan asingkan
¤ 5 ulas bawang merah
¤ 3 ulas bawang putih
¤ 5 biji cili padi * nk byk lg terpulang.aku x thn pedas.
¤ 1/2 inci belacan bakar
¤ sedikit gula utk balancekan masin bilis
Bawang dan cili racik halus dan goreng garing.
Cara:
Tumbuk semua bahan sekali. Tak perlu lumat. Siap hidangkan..
Selamat mencuba!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku selalu buat jugak tapi jarang isi bawang merah.. kalau nak sedap lagi bawang putih tu bakar sekali dengan belacan... harummmm je...
BalasPadamtak pernah buat lagi...tapi nampak senang.
BalasPadam