Pages

29 Ogos 2012

Brownies Marbel Cheese


Assalam dan selamat malam.. esok ada jamuan raya anak aku. semua serentak. elok la kan.. senang kerja mak dia. mandangkan kuih raya pun sikit je.. so aku fikir buat brownies la senang.. esok bahagi 4 le.. ayah dia nak bawa ofis. kalau x cukup esok pagi bakar lagi. senang dan sekejap je buatnya. cuma mak dorang ni penyakit M tinggi dlm badan.. huhu

Berikut resepi nya... sapa nak buat, buat lah.. memang berbaloi.. kan sedap tu ada cheese!




BAHAN A
180g mentega
120 g gula halus
2 biji telur
1 sudu esen vanila
30g serbuk koko (ayak)
120g tepung naik sendiri (ayak)
sedikit pes coklat

BAHAN B
250g krim keju (sebuku la tu..)
60g gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur


CARA:
  • pukul menterga bersama gula hingga kembang dan ringan
  • masukkan telur satu per satu
  • masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla dan serbuk koko yg sudah di ayak
  • DLM MANGKUK LAIN, pukul Bahan B hingga kembang
  • Asingkan sikit bahan B dan campur dengan pes coklat
  • Tuang Adunan A ke dalam loyang 8 inci dan ratakan. Kemudian lapiskan dengan Bahan B
  • Lorekkan garisan yang di paip dari plastik khas iaitu cheese coklat tadi tu
  • Bakar 1 jam pada suhu 160C.
  • Sejukkan sebelum di potong dan hidangkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..