5 September 2012
Kedondong berbuah sulung..
Siapa sangka... pokok amra ni boleh berbuah dalam masa 4 bulan selepas hampir mati.... ihiks... pokok ni masa suami aku beli, ada kena penyakit kat daun dia... ada mahluk perosak yg duduk belakang daun.. jenis hisap zat daun sampai jadi mengerekot...warna hitam...sarang dia putih-putih gitu.... suami aku tanam, siram pun jarang...tu lagi la punca dia nak mati... satu hari aku dah tarik nak cabut pun sebab geram. Buat semak je belakang rumah. Dah la tanah sekangkang aku je pun... tengok dia dok hidup tak nak, mati pun tak nak..abih cam no tu???
Masa aku tarik nak cabut tu..aku dapat rasa yang akar dia dah genggam tanah sket.. alahai, kesian pulak nak cabut nyawa dia... so aku biar je la dulu... apa aku buat adalah, aku cantas je bahagian yang daunnya dah nak mati tu... tinggalkan sikit daun. Daun tu aku sembur dengan racun organik aku buat sendiri.... ada cabai...bawang putih dan lain-lain...
Nak jadi cerita, aku ada beli satu baja.... baja ni utk pertanian sebenarnya.. tapi aku beli nak suap kat pokok ros aku semua tu... sebab dia multipurpose dan mmg terbaik utk pokok buah segala..aku curah gak la kat pokok amra ni.. tu dia!!! sebulan je pokok ni rumbun balik....
Suami aku pun terkojut.... mmg magic la baja tu... aku rasa mmg baja tu la punca pokok ni ok la subur balik... kejadian berlaku dalam bulan 3 gitu... sekarang dah bulan 8/9 pokok ni dah tinggi aku... siap ada buah lagi... Suami aku double terkejut...heheh
Mak aku cakap amra mmg senang berbuah. Aku pun tak tau.... tp aku happy la... kalau tanam pokok senang dan cepat keluar buah. Lagi boleh cepat makan... baru berbaloi tanam.... kalau tanam mandul, buat semak je...huuuuu
Ok tak sabar nak mencolek kata org Kelantan... kalau org kita belah pantai barat sebut mencicah...cicah dgn kicap campur belacan, gula dan cabai.. pergh!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nyum sedap..nt berbuah,campak sikit kat blog nina erk..kihkih
BalasPadamOk Nina..nanti akak baling ye
BalasPadam