6 September 2012

Kenangan di Kuala Terengganu



Cun tak mak??? meahaha soalan semenggah betul. Ok le nak tayang aku anak beranak masa pergi Kuala Terengganu bulan 3 ari tu kut... tak ingat dah.. tapi awal tahun tadi la.. Motif pergi Kuala Terengganu sebab somi aku nak gi beli duit baru negara kita keluarkan tu la di Bank Negara... beli berset set gitu... Bukan sekali pergi, 2x hokey... nak demam aku rasa... jauh tu dari Kota Bharu... tak larat la laki aku nak drive sorang...gilir-gilir dengan aku.. Aku yang pertama kali drive area situ cuak gak bila dia tido..takut aku sesat barat masuk ke mana hala la nanti.. Walau ada signboard pun kalau dah dok berangan... apa pun boleh jadi hahah tapi Alhamdulillah perjalanan lancar pergi balik siap borong lekor hok kecik kecik tu (losong) sebab sedap ya amat dengan sos dia mmg citarasa tekak aku dan laki aku la...




Mula pergi tu... duit tu tak sampai lagi.. tapi di Kuala Lumpur dah berduyun duyun orang beratur.... siap pagai GPS nak cari Bank Negara tu... walaupun di bandar...kalau pertama kali sampai tu jakun la kejap nak cari tempat.... Bila dah tak de tu... apa lagi... merewang la kat tempat yang best di situ.... mula tu pergi Pasar Payang.. emm tak de apa la aku rasa di situ... sama macam Pasar Ct Khadijah sini... cuci mata je la.. pastu naik pulak Bukit apa ek..lupa dah tepi sungai tu.. tempat bersejarah tu... dah la pakai baju putih tu... abis melekat baju kat kulit... berpeluh naik situ... kena bayar juga tu nak naik situ.. ok la, boleh baca2 fakta sejarah.. belakang bukit tu istana... Turun dari bukit tu elok plak hujan.. ha baguih la sangat!!! berlari la kami anak beranak pergi ke parking kereta. Dah la jauh gile...dekat Pasar Payang tu... kami ni dah jalan jauh dekat Pej Pos tu... fuh!

Lepas tu pergi area Masjid Kristal tu... salah satu dlm gambar kat atas ni le... yg masuk bertiket berbayar tu... tengok semua jenis masjid dunia... tak larat jalan boleh naik keretapi... berbasikal pun ada... seronok la tengok anak-anak seronok walaupun depa pun bukan tau apa pun... seronok dapat naik keretapi tu je..ahaks...

Next trip ke Kuala Terengganu laki aku siap jumpa kawan lama dia... dapat la pergi rumah dia melawat.. dapat la juga aku ros pengantin yg sekarang aku tanam dah tinggi besar pun... Than pergi Muzium Negeri. Kat sini best sangat.. sebab besar!! landskap dia tersangat la cantik... dengan kawasan yang besar... aku suka!!

Ini lah pertama kali - kedua kali aku pergi Kuala Terengganu secara tidak sengaja....... best tau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..