Pages

5 Oktober 2012

Ayam Panggang Halia

Ayam Bakar Halia
Resepi : Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)

Bahan Utama :
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Bahan Kisar :
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah

** tambah
3 biji kentang kopek, di potong 4 dan rebus 3/4 masak
1 biji karot ( potong2 )

* gaulkan kentang yg telah direbus 3/4 masak serta karot bersama sedikit rempah perapan tadi… perap sebentar sementara menunggu dibakar!!!

Cara Memasak :
Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna  1/2 ayam shj).
Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 3 jam).
Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh…)
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
Hidangkan bersama salad dan timun. Memang sedaaappp ayam ni…selamat mencuba!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..