14 Mac 2013

Bangkok Trip - Farida Patoni Restoren Muslim





Ini adalah salah satu restoren muslim yang terdapat di Bangkok. Nak cari pun bukan mudah... kami berjalan kaki saja sambil bertanyakan orang. Nak bertanya orang pun bukan senang. Sebelum ke sini aku dan kak nad dah study... ramai yang pernah datang ke sini. google saja... Restoren ini terletak di Patchaburi Road. Soi 7. Berhati-hati dengan drebar tut-tut. kaki kencing je semua... kalau dia cakap tutup, mana ada tutup..auta je tu....

Kami jumpa restoren ni setelah bertanyakan pada student di depan 7 Eleven. Haiyoo pekerja 7 Eleven pun tak tahu berbahasa Inggeris.. Budak perempuan itu boleh berbahasa inggeris..tp macam kita lah (korang mesti fasih kan.. aku broken hancus je haha). Bila aku sebut Soi Jet Petchebuli baru dia laju tunjuk arah.




Masakannya sedap... rasanya anak dia yang masak tu... Harga pada aku ok la.. semua orang boleh bayar.. daripada makan makanan haram... aku rela bayar lebih sket di sini. Restoren lain ada di sebelah. Restoren Mak Yah. Tapi ntah, aku suka makan kat sini... Aku baca dlm google, dorang kata restoren ni tak cantik.. eh ok je pada mata aku.. macam restoren biasa-biasa di Kota Bharu juga... cuma masakan dia lagi power! semua yang aku makan, semua sedappp! AKu rasa yang komen macam tu, org berduit kut..biasa makan restoren mewah hahah... kalau kita merantau, asal halal, makan saja..jgn byk komplen kan.... lagipun kak Faridah tu boleh berbahasa Melayu Patani.. ok pe!! BONUS!

Standad restoren di Kelantan juga.. mesti ada timun dengan sambal belacan. Mujur kami menetap di kelantan..so makanan dan gaya restoren mcm tu biasa saja di mata ku....



Nampak itu flyover.. lintas jalan. Terus saja mesti jumpa restoren tu. Kalau pejalan kaki, waktu tunggu untuk melintas, biasa kereta akan berhenti bagi laluan... tak macam orang kita... kau nak melintas ke apa... kau sendiri pandai-pandai...




Menu dia... semua aku suka! - ye, aku mmg penggemar makanan dari Thailand.

1 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..