4 Mac 2013

Trip To Bangkok- Soi Jet Pechebuli Load

Balik dari Platinum masing masing mata merah. Kaki melecet pun ada..kaki sakit tu semua merasa.
Dorang ajak gi cari makan. Buah dah makan. Semua maveles. Melepak depan platinum tengok orang Thai jual handmade. Juga tengok pondan kakinya licin badannya langsing.
Kami decide balik hotel dulu dan mandi. Jam 8malam keluar.
Keluar je hotel sibuk sungguh drebar tut-tut ni kencing kami. Kami memang dah study awal-awal review mereka yg pernah dtg sini kelakuan drebar tut-tut. Memang kaki kencing. Bayaran maksimum hanya 50THB (RM5) kalau lebih jangan layan. Pastu standad dorang semua tempat korang nak pergi tu dia akan cakap TUTUP!. Member aku nk merasa naik tut-tut. So naik la 2biji. Jalan jauh, pusing-pusing. Kalau dh kaki kenceng tu mmg mcm tu lah. Nasib baik kitorang macam cam jalan masa nk dtg hotel dari airport. Kitorang dh cakap nak pergi kedai Mak Yah. Bukan main mamat siam ni ckp kedai tutup. Ok la asal ko bawak kawasan berdekatan dan Muslim. Tau mana dorang bawak? Tu dia restoren ala Four Season tapi sediakan seafood! Bila tanya pelayan tu halal ke? Dia angguk angguk. Aku cari tanda halal..bulan bintang ke. Tak de. Restoren dah penuh tapi setiap meja botol arak semua ada masing-masing. Hooo so weird!.. ok pelayan kasi itu menu. Seb baik pegi beramai. Tengok harga bukan sikit-sikit, semua main ratus-ratus THB. Aku cakap tak sedap hati. Kalau makan campur semua mau kena tibai beratus hingga beribu THB. Uihhh tak mau rugi di hari pertama!
Selamba member aku mention excuse. Kitorang blah. Ramai mata memandang. Ada aku kesah? Terbukti si tut-tut kaki kenceng.
Restoren seafood tu tak jauh dah dari Soi 7 Petcheburi Road (Soi Jet Pechebuli Load) tu. Jet = 7 dan sebutan mcm dlm breket tu kalau bertanyakan kpd penduduk tempatan  laju je dorang tolong. Kami tanya pada pekerja BTS. Dia tolong bagi direction. Tapi mcm tak berapa paham haha.. member aku bukak GPS.. ok la belasah jalan kaki sampai rasa nak terkengkang pun ada. Lintas jalan.. lalu lorong... finally benti depan 7e. Sini 7e banyak sangat. Setiap lorong jumpa 2-3buah.
Dorang siap tanya pekerja 7e. Aku kat luar tanya student (student la kan, mcm budak form 4-5). Ok not bad english dia. Asal boleh paham. Lastly aku kuarkan ayat hikmah.. "can you show us how to go Soi Jet Pechebuli Load). Haaa laju kau dia tunjuk. Cepat je.. kitorang gamble ikut lorong. Tepi 7e tu. 7e betui corner bulding. Lorong tu makin kecik. Last lalu belakang rumah orang. Kawasan perumahan macam setinggan rapatnya. Tapi bersih! Bau pun tak de. Finally jumpa Soi 7. Mata meliar tengok kiri kanan. Haa ada kedai Muslim book. Member siap bagi salam. Tanya kat makcik tu mana mau cari Mak Yah (Moyok dorang sebut). Makcik cakap nuuuuuuuuu (jauhhhhh lagi) sambil tunjuk arah mana haha. Kaki dh makin sakit.
Last ternampak gerai sebelah kedai buku. Ada tulisan Allah dan Muhammad!! Apa lagi terus benti. Open table! Gerai ni kecik je. Kuali ada 2. Meja ada 4-5 buah. Aku dan geng dah duduk. Member sorang macam biasa kepoci kat makcik masak. Dia x paham english. Muka ketat je. Datang pemuda. Boleh ckp english. Dia cerita sosej depan tu buat drp apa. Homemade sosej. Buat dr chicken n beef. Memasing nak cuba makan. Datang lagi sorang pemuda. Pakai topi komunis haha. Dia nk makan kat situ gak. Boleh cakap melayu sikit. Tak banyak dia faham english. Asal faham. Dia la tolong order (more to xplaint yg kitorang x mau pedas..nk pedas..telur dadar). Last datang awek cun bertudung. Memang lawa. Mcm arab daaa... anak makcik tu kut. Dia la ambil order kitorang. Take over mak dia. Laju dia masak. Tomyam minta 3 mangkuk. Igt mangkuk kecik. Sekali mangkuk besar lah... jenuh makan. Memang sedap!!! Sosej ayam tu memang terbaek!! 30THB satu.
Jumlah kitorang makan : telur dadar, sayur campur, tomyam 3mangkuk..nasi 5..sosej 3..semua 490 (RM49). Murah la nak compare makan kat restoren tu mau beratus duit kita terbang.
Balik tu kami jalan kaki je. Tak berapa jauh dah. Ada la dekat 1km hehe. Tak jauh dari hotel nampak kedai urut. 200THB saja 1jam. Kaki mmg sakit terus ajak dorang masuk. Mula kmi berdua je (aku & kak nat). Best koooo... sudah teracun lagi dua org kak ara & mami. Hehe sejam tu dari kaki sampai tangan sampai belakang dia picit. Sedapp. Berbaloi harga tu. Esok siap nk mai urut badan. Baru 250THB (RM25)..
Sampai hotel terus merangkak atas katil. Fensan!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..