Aku sudah pergi ke Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd setelah hampir 11 tahun aku meninggalkan ia. Dulu memang aku pernah bekerja di syarikat ini. Tetapi di lokasi lama iaitu di Jalan Penchala. Sekarang, ramai kawan-kawan aku dlu dah jadi Manager... aku pun tak jumpa pun dorang..sibuk..aku pun sibuk, dalam masa 5 hari aku perlu selesaikan semuanya! Malahan ramai juga yang telah berhenti kerja.. upss, aku pun dah tak kenal dorang, apa lagi dorang pun tak kenal aku.. cuma tinggal kenangan...- seronok kerja di sini...fofular, up to date, happening...
Perkara yang dah lama aku nak buat adalah BUKU sendiri.. mulanya dulu berangan aku akan buat peten aku sendiri dalam bentuk KIT dan JUAL. Sementelah aku pun dah pandai buat POLA DIAGRAM sendiri.. cuma masa je tak dek.... tup tup dapat OFFER dari Alaf 21 untuk terbitkan buku setelah ada lah seseorang tu selalu tengok hasil tangan aku. Berdebar juga. Bukan senang orang OFFER KITA. BUKAN kita terhegeh hegeh ye... sesungguhnya orang melihat bakat kita adalah terbaik dari kita memalukan diri menunjuk munjuk padahal kita tak le pandai mana. ALHAMDULILLAH!! - ** aku mendapat offer adalah dari bakat.. tiada siapa pun tahu aku pernah bekerja di sini suatu ketika dulu... itu perkara lama... dah lama....hanya pekerja biasa....
Berkat doa daripada insan yang pernah DIANIAYA & DIFITNAH tidak lama dulu.. Semoga Allah S.W.T memberi hidayah atas segala yang berlaku.. inilah HASILNYA! Sekurang kuranyang nama aku yang pernah BUSUK tidak lama dulu, TELAH DAPAT AKU BERSIHKAN dengan terhasilnya buku ini nanti, nama aku BERSIH DI SERATA NEGARA. Alhamdulillah Ya ALLAH. - terlalu sukar dan pahit untuk aku lupakan.. sakitnya hati masih berdarah sehingga kini hingga sukar untuk aku maafkan manusia itu sampai ke hari ini...hingga akhir hayat mungkin.
Sedikit saja lagi.. perjanjian telah dimetrai... royalti pun sudah diterima... kini proses editing sedang laju berjalan... aku target sebelum raya semua bakal selesai.. mungkin hujung tahun akan publish.. Ramai Fan Page Sew-Addict meminta aku siapkan apa-apa saja peten yang aku biasa buat. Tapi itu lah kan, aku tak ada masa... hari-hari aku perlu kejar date-line nak siapkan order orang...kadang-kadang aku perlu OST. Kali ini, bila tanggungjawab ini aku pikul, aku perlu siapkan segera! Harapnya nanti fan page dapat manafaat dari buku itu nanti. Bukan saja fan page, aku tujukan seluruh wanita di Malaysia ini kelak...sekarang & masa hadapan! - Ya martabatkan seni kraf Kursye!
Oh ya.. buku aku nanti antara paling lengkap pernah anda temui di Malaysia dalam versi Melayu. Selain gambar lengkap, penerangan lengkap.. yang paling best siap ada pola gitu... la la la... Semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan untuk aku siapkan segera mungkin buku ini... Amin!!!
wahh..best tu pijan...tahniah ya...
BalasPadamterima kasih kak lia.. alhamdulillah
BalasPadamtahniah kak...bngga dgr
BalasPadam