4 Julai 2013
Puding Roti Bersama krim Kastad
Resepi Puding Kek Dan Krim Kastad
Bahan:
8-9 keping roti plain
2 sudu besar gula halus*
1 biji telur gred A*
1 sudu kecil asen vanilla*
2 cawan susu segar/susu sejat
3-4 sudu besar coklat chips
3-4 sudu besar kismis
Sedikit butter/magerin
Bahan Krim Kastad:
1 cawan susu sejat
1/2 cawan cooking cream
4 sudu besar gula halus
2 sudu kecil tepung kastad
2 sudu kecil tepung jagung
Cara:
Koyakkan roti dan susun di dlm tray atau bekas kaca tahan panas yg dilenser butter terlebih dahulu. Taburkan coklat chips dan kismis di atasnya.
Pukul bahan * dgn wisk sehingga sebati
Tuang bahan pukul tadi ke atas roti dan biarkan ia meresap elok.
Bakar pada suhu 180C selama 30min atau hingga masak.
Krim Kastad:
Campurkan semua bahan dan masak atas api perlahan hingga pekat spt yang diingini. Jika cair tambah sikit lagi tepung jagung.
Sejukkan puding di dlm peti sejuk sebelum dihidangkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..