Pages

24 September 2014

Buku Kraf saya : Variasi Mengait Untuk Si Comel ada di Popular KBMall Kota Bharu

Hampir setahun buku saya di pasarkan, baru nampak bayangnya di Popular, KB Mall. Alhamdulillah...
Buku saya sudah masuk cetakan ke-2 setelah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dari penggemar kraf-kursye (crochet/kait jarum 1) di Malaysia.


sedikit penerangan berkenaan buku saya. In Shaa Allah memang sangat berguna kepada anda yang mencari idea untuk mengait barangan bayi & kanak-kanak. semua peten adalah BASIC. jadi anda boleh kretifkan nak buat macamana lepas tu. yang penting anda mesti KREATIF!

orang tanya saya macamana boleh buat buku.
jawapan saya, biar orang nampak kita ada bakat. Natural. Bukan kita mencari orang (terhegeh2). Setelah puas bersengkang mata, berlebam mata, berhabisan duit, keringat, masa dan tenaga.. akhirnya cita-cita saya untuk menghasilkan sebuah buku kraf-crochet tercapai. Allah sentiasa mendengar! Alhamdulillah. Dengan ada buku ni, saya tak perlu penat lelah menerangkan apa peten saya buat.. apa kiraan kaitan.. semua dah ada dalam buku ni. orang lain boleh hasilkan produk mereka sendiri. Saya?, saya boleh berehat dah.... dah sampai masanya saya letih, saya lihat sahaja hasil tangan orang lain yang terhasil dari buku saya. Seronok kan???? rasa bahagia sangat! sekurang-kuranya, ilmu saya tidak terputus begitu sahaja.. masih ada yang boleh meneruskan....

saya mengait sejak usia 9 tahun. kebetulan secara online (www.sew-addict.com) hampir 10 tahun. Follower kraf saya agak ramai juga bermula tahun 2005 hingga sekarang masih ada yang follow walaupun sekarang saya dah kurang nk aktif berkraf atau menjahit. Menjahit ni bukan setakat jahit baju, saya suka buat kraf. macam2 hasil tangan saya dah buat dulu... setakat hobi, tak sangka menjadi sumber pendapatan yang agak lumayan kalau rajin. kalau tak rajin, tak de la kan RM.

Pernah keluar surat khabar beberapa kali (petikan berkaitan kraf & jahitan).

Pernah mendapat jemputan ke Wanita Hari Ini (WHI, TV3) tapi saya tolak, terlalu singkat masa sy nk book flight, manage anak2 yg masih kecil masa tu..masa suami bekerja lagi...

Anda boleh tapi nama penuh saya dalam google. In Sha Allah ada hal berkaitan dengan saya.



1 ulasan:

  1. Harap ada lagi buku kait di kedai popular bykkali pergi xde buku pasal kait.minat sngat..

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..