Pages

1 Januari 2015

Banjir Besar di Kelantan (24.12.2014 (Rabu)

Assalamualaikum...

Semua orang tahu, bulan lepas sebelum Krismas, Kelantan di landa ujian dari-Nya. Termasuk kawasan kami di Bandar Baru Pasir Pekan, Kawasan yang agak tinggi..tidak pernah lagi air sungai sampai ke situ.

Pada 23.12.2014 aku still pergi mengajar Zumba Fitness di Kota Bharu. Walaupun takut, kerana air sungai sudah tinggi... cuaca sejuk...hujan...angin kuat... aku tetap pergi. Bila balik, ikut Jambatan Sultan Yahya Petra begitu banyak kereta dan motor berhenti di atas tu tengok air sungai makin tinggi dan luar biasa dari selalu setiap kali musim tengkujuh. Aku tak berani berhenti ler..terus pecut balik.

Esoknya, aku dah tak ada mood nk pergi ajar kelas Zumba ganti Kak Lis di Enrich, Lundang. Kelas petang. Tapi sejak pagi lagi dah kecoh air makin tinggi. Berkemungkinan petang Kota Bharu akan di limpahi air. Benteng akhir di tepi Sungai Kelantan lagi 2 inci air nak limpah (lihat gambar). aku buat keputusan tak nak pergi mana-mana. Tak berani!! Suami aku tak balik lagi.. masih kerja di Kuala Terengganu. Aku pulak setiap kali dapat gambar, aku foward kat dia.. takot wei! aku ni dah la mak bapak tak de..sedara mara pun tak de kat sini.. apa lagi kawan.. kawan karib mmg tak de..harap kawan gitu gitu je, touch n go je la..kalau kita susah mmg tak de siapa nk tolong pon. tolong diri sendiri je.. sodehhhh hidup kat sini hahah redho je la kan...

Ok seperti yang di jangka, tengahri tu lagi air sudah melimpah masuk Kota Bharu. Kecoh!!! panik kejap aku... jam 5 petang lagi kecoh, siap send audio kata nak putuskan belakan. Terkincit kincit aku start kereta pi borong lilin, ubat nyamuk dan makanan kering buat stok. mana la tau, betul kata letrik nk potong. mampoihh!! dah la nyamuk banyak! bukan nyamuk biasa tu, nyamuk aedes plak tu!! Aku dah biru mulut. Air makin naik sampai ke tengah Kota Bharu. Air dekat tepi Tesco (Lembah Sireh) pon dah melimpah.. tak permah air naik situ sejak tesco tu di bangunkan... Tesco pon dah tutup pintu..siap letak beg beg guni pasir lagi kat muka pintu dorang. Kalau kat situ air naik, maka kampung tepi Pasir Pekan ni pon mesti la naik air gak!


Benteng akhir Sungai Kelantan sebelum air melimpah masuk Kota Bharu (24.12.2014 - Rabu)

Air sungai sudah sampai di bangunan tepi UITM, KOta Bharu (24.12.2014 - Rabu)

View dari Apartment Pelangi (tepi Sg KElantan). Masjid putih tu belakang rumah aku je

Air sungai sudah sampai sini sebelum melimpah ke Tesco (lembah Sireh) 24.12.2014 Rabu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..