Pages

1 Januari 2015

Banjir Besar di Kelantan (25.12.2014 Khamis)

Alhamdulillah suami aku sampai dari Kuala Terengganu jam 9.00 malam. Sedikit sebanyak melegakan perasaan aku yang takut ni. Dia cakap jalan jem di Kota Bharu dan atas jambatan. ye la, banyak kereta orang kampung Pasir Pekan Hilir dan parking situ. Dia cerita air dah penuh sampai kedai2 restoren nasi lemak ayam kampung tu. Aku tak boleh bayangkan, sebab petang semalam aku lalu situ, air tak naik lagi.. takut dah aku, kot air naik situ..mesti air akan sampai gak kat rumah kami!

Laki aku rehatkan diri dulu... jam 11.30mlm dia kata nak servey air sampai mana. dia keluar sorang2 naik kereta dia. Tetiba dia balik. Ajak kitorang semua keluar sekali tengok keadaan. Dia kata air dah penuh sampai bumbung kedai kat bawah tu (Restoren Nasi Lemak ayam Kampung tu). Tiba-tiba jiran sebelah kami keluar rumah gak. Tunjuk air dah sampai kawasan rumah kami. Nuuuun kat hujung, aku boleh nampak jelas air datang sikit demi sedikit menaiki jalan dan longkang rumah kami. Haik!! aku bertambah takut. Sejuk tangan.

Air dah sampai atap Kampung Pasir Pekan (bawah sikit dari kawasan perumahan kami) sorry, aku tak pasti orang sini panggil nama kawasan ni apa..yang pasti, rumah2 ni memang betul2 tepi sungai Kelantan.
Round Kota Bharu malam air naik tu.. air dah nk masuk Maybank Kota Bharu (depan kamdar lama). Tinggi ni!! kereta rendah mmg air boleh masuk dalam.

Air dan naik memenuhi Tesco, Masterskill & kedai2 kat situ. Rumah kampung Lembah Sireh dah penuh air sampai ke bumbung pun ada.. yang rumah 2 tingkat tu, dah naik tingkat 1

Balik rumah tengok air dah sampai depan rumah aku. Cepat2 capai kunci kereta & parking tempat tinggi depan Esso kawasan rumah kami tu...

Malam 24.12.2014 Rabu. Air memenuhi jalan dan longkang depan rumah. Malam ni tak lena tido. kejap2 aku terjaga sebab dengar bunyi orang meraduk air.. time ni dh tido kat ruang tamu je.. laki aku tido kat lantai..kang air masuk, sedar la kan.. kalau tido kat bilik, mmg tido mati la kot..tau tau rumah dh banjir... aku plak mmg tak bleh tido..ketakutan! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..