2 Januari 2015

Banjir Besar di Kelantan 2014 (25.12.2015 Khamis)

Pagi-pagi lagi bangun dan mandi. Aku packing dokumen penting. Mujur semua tu memang aku letak setempat je dalam bilik jahitan aku. Pack masuk 1 beg. Naik atas capai plastik sampah hitam, aku sumbat je kain baju anak beranak dlm tu heheh.. terus baling masuk hilux laki aku. senang nk pindah kan.. semua barang yang penting termasuk lilin..ubat nyamuk..stok roti..megi.. semua la, baling je masuk kereta. Time ni tak pikir dah la orang lain..pikir diri sendiri je..huuuu... orang lain pun mana ada pikirkan ko ok ke idak.. semua pakat selamatkan diri dan keluarga.

Laki aku angkat ler kerusi ni naik atas.. bantal sofa aku kerah anak dara susun kat bilik atas. Mana yang penting aku letak bilik atas. macam kabinet yg seciput tu lantak je situ..kot air masuk, kembang situ je la..boleh beli baru.. benda berat macam peti ais pon tak angkat. berat gile. laki bini yg keding ni nak angkat, mmg tidak ler.. mesin basuh pun lapik 2 bata je.. lain2 tawakal. Bilik jahitan aku pon aku angkat mana yg barang dok bawah lantai..bawah meja baling atsa meja. tak de susun dah..mmg pakai campak je asal boleh duduk atas. Lain2 aku pasrah kot rosak, boleh beli baru ye tak..biar pon makan masa nk kumpul duit (aku beli pakai duit sendiri).

Hari ke dua ni, masih ada kat rumah.. pagi2 lagi mak aku dah tepon nangis. biasa la orang tua kan. Aku ni benda2 mcm ni mmg aku tak report pon kat parents aku. Hati kental! Even aku patah kaki dulu pon dorang tak tau.. sesedor aku dah balik kampung mintak carikan org urut kaki heheh... mertua aku pun tak tau aku patah kaki. tak yah kecoh.. sendiri susah, sendiri tanggung. Kalau boleh aku beranak pon tak nak sape tau.  Seb baik dorang call dapat cakap. sebelum line telepon terputus terus (pencawang tenggelam). Kalau idak, mencanak la naik darah tinggi mak aku tu.. adik beradik lain dah tau sebab aku tag gambar kat dorang dlm FB. So tak yah risau..selagi laki aku ada..rasanya boleh lari lagi dgn Hilux tu pi Kuala Terengganu.. Redah je! Kereta aku satu lagi tu..tinggal je la... kereta boleh beli baru kot (aku la pikir macam tu huhuhu) Mcm aku cerita, aku kat sini laki bini je.. tak de sedara mara..tak harap juga nk tumpang rumah orang lain..org lain pun susah kot waktu ni kan...

Air makin lama makin naik.. dah masuk kawasan pagar (porch). Jiran2 kami bawah sikit tu air dah masuk rumah 1 anak tangga dalam rumah.. ada yang dah sampai lutut! aku jangka, kalau air x masuk rumah pon, mesti ngam2 depan pintu rumah huhuhu tu pun kalau hilux lain lalu or bot lalu, ombak alunan air tu pun boleh gak cecah masuk dlm rumah.

tengok gambar ek.. hari khamis 25.12 punye keadaan air.

Jam 8.10 am line telefon aku dah tak boleh pakai... streamyx rumah pon tak boleh pakai.. juga paling best bekalan air pon dah TERPUTUS!


susun macma ni je.. kabinet tu lantak situ kalau air naik boleh beli lain huhuhu pinggan mangkuk pon boleh cuci lain kan..

Alkisahnya, perabot kitorang mmg dah kembang kena air. Dulu, balik kampung seminggu..balik2 tgok rumah dah banjir. Air tangki bocor! demam laki bini cuci rumah.. so banjir kali ni tawakal je..kalau air masuk, kembang double! boleh buang je perabot kembang tu.

Hari ni tak hujan. Tapi air makin naik. Air sungai Kelantan! (kuning dan bekeladak..air datang dari Kuala Krai, Pasir Mas & Tanah Merah)

Alhamdulillah anak anak aku memang aku tak pernah ajar main air bah. Setakat nk main sampan gitu-gitu je la.. idak dorang nak mandi atau main. Tak kuasa nk melayan. Ramai gak anak jiran berenang2 depan jalan tu... ewww air tu busuk ok! busuk yang melekat.. kuning keladak tu pun mmg takkan hilang dari baju huhuhu... mana tau baunya, air dari tank jamban pon keluar sekali. Buktinya, air naik dlm jamban cangkung rumah aku ahahha... aku suruh budak2 ni kencing berak pakai toilet atas. so najis semua tak keluar kan..terus masuk tank. idak ler terapung apung. aku geli!

air dah tak de...aku catu semua penggunaan air. Mandi sehari sekali...aku harapkan air hujan je utk belakan air. Air tanki mmg dah kering time ni..

View dari tingkat atas

Air stop sampai hujung jalan tu... perasaan lega tu ada...tp still tunggu gak..mana tau kot hujan, mmg air akan naik ler kot... hopefully hujan tak lebat mana..cukup la takat dapat tadah air dlm tong kat dlm rumah..huhuhu

masih bedoa air akan surut.

Air dah naik mencecah tayar kereta laki aku... tengok pakcik tu sampai lutut dia...kalau budak2 paras pinggang kot...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..