Pages

10 Februari 2015

Aneka Bun : Bun Chicken Floss & Crab Stick Bun

Assalam.. selamat pagi..

Bertahun tahun tidak membakar roti.. masa banjir hari tu pon aku dah angkat BM aku naik bilik atas.. berbulan bulan dok atas, baru malam tadi aku angkut bawak turun dapor. Nawaitu tu dah lama bersarang, tp sebab aku selalu penat siang malam dek mengajar Zumba pagi petang.. kekadang malam, bila masa nk dok ulinyer.. asal dpt bantal lena terus sampai siang. Lagi pun aku nak aktifkan semula blog aku ni ha. Lama sangat mandom. Sila beri sokongan!

Memandangkan aku dah berguru, maka inilah hasil untuk hari ini....

Bun Crab Stick. 
Berat doh 40g

Chicken Floss
Bun berat 50g



Resepi Bun Manis. Boleh pelbagaikan hiasan ya. Selamat mencuba!

Bahan:

280g tepung roti/high protein
140g air suam/susu 
20g telur *pukul 1 biji telur gred A kemudian timbang utk dapatkan berat. Baki boleh guna untuk sapu roti...

18g susu tepung
18g gula
3g garam
55g majerin
3g yis


Cara:
Masukkan aje semua bahan dlm BM. Uli sampai siap...kemudian biarkan ia naik 2x ganda...tumbuk2 buang angin, kemudian uli semula...

Bentuk2 bulat sekurang2nya 50g. Hias roti/bun mengikut citarasa..biarkan naik, baru bakar 180C selama 15-20 minit atau masak. Sebelum nak masak, kekuningan sikit tu, boleh keluarkan dan sapu telur.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..