11 Februari 2015

Homemade Roti : Sarang Lebah, Spiral Crab Stick & Sosej Slice & Bento 11.2.2015 (Rabu)

Spiral Crab Sticks dengan taburan bijan putih dan gula

Sosej Slice dengan sayuran campur, sos cili dan mayonis

Bun sarang lebah dengan sos butterscoth

Mood rajin meroti lagi. Bukan apa, 500g tepung boleh buat macam2 roti yang digemari. Sekali makan berkeping keping. Sehari boleh habis semua! Cicah pulak dgn sup ayam ke.. kari ke.. paling senang cicah je teh O panas. Resepi roti masih guna adunan yang sama DI SINI.

Dah masak kena la bawak beka pergi sekolah. Zulaika minta sandwich bear. Inti dalam mentega jem. Letak sebiji roti spiral crabsticks.

Aleeya bawa 2 roti, sosej slice dan spiral crabsticks.

Bento Zulaika Ardini 

Bento Aleeya Sofea

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..