Pages

12 Februari 2015

Bantuan di Manik Urai, Kuala Krai Kelantan (30.1.20115 Jumaat)


Hari Jumaat hujung bulan Januari, daddy ajak kitorang pergi melawat Manik Urai, Kuala Krai dengan membawa sedikit bantuan dan jajan untuk kanak-kanak di sana. Sebenarnya macam nak bawa anak-anak sama supaya dapat lihat sendiri kesusahan orang lain dan kesan dari banjir bah kuning yang baru melanda negeri Kelantan khususnya di Kuala Krai. Walaupun kawasan rumah kami pon kena, tapi hendak juga melihat sendiri musibah yang melanda penduduk di sana.

dengan bekalan yang sudah anak-anak siap packing sehari sebelumnya.. aku juga bawa tudung-tudung ala fareeda dan syiria yang jarang aku pakai tu. Ada juga yang tak pernah pon aku pakai. sekurang - kurangnya boleh jugak kaum wanita kat sana pakai bila raya nanti. still look new ya!

Lihatlah stesen keretapi di Manik Urai. Tiada apa yang tinggal! Padang jarak padang tekukur. Malahan rumah pon tinggal tapak je. 











keadaan sungai ini jauh sangat dari jambatan. Tak dapat bayangkan macamana boleh naik sampai tenggelamkan satu kampung, malah bandar Kuala Krai juga habis tenggelam. Kuala Allah S.W.T.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..