17 Februari 2015

Sugar Bun & Sosej Bun

Sosej Bun

Sugar Bun


Alhamdulillah Aleeya dapat order dari kawan-kawan sekolah nak beli roti sosej. Semalam lagi dia dah lekatkan senarai nama yang nak beli. Tak ramai pon, sebab kawan sekelas je.. semalam sosej habis, maka malam ni baru dapat buat roti untuk dia. Alhamdulillah gebu macam kat kedai gitoo. puas hati dan jimat belanja!

Sosej Bun tu buat banyak gak dr biasa. Dah tahu budak2 dalam rumah ni pun suka.. ni pun aku dah makan 2 ketui sebab lapar. Cicah dengan sambal bilis untuk nasi lemak sarapan esok hahah lagi la, kalau ikut nafsu, mau habis semua aku makan.

Sugar Bun tu mmg naik cantik betul. Puji sendiri la ye sebab selama aku buat roti dr uli tangan tahun 2006 sampai la, baru ni naik cantik. Tu pun lepas berguru. Kalau tak memandai mandai je lebih Alhamdulillah. Kalau jual pun tak lah rasa malu. Berbaloi dorang makan In Shaa Allah.

Yang nak resepi tu cari dlm Kategori Resepi Roti/Donut ya. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..