16 Februari 2015

Udang Masak Herba


Masakan yang simple.. cepat di sediakan. Boleh di buat salah satu menu hidangan bento anak anda.

Resepi Udang Herba

Bahan:
200 g udang. bersih dan keringkan air
1 biji bawang besar -
1 tangkai cili merah - potong kasar
1 tangkai cili padi - racik halus
2 ulas bawang merah kecil - racik halus
2 ulas bawang putih kecil - racik halus
2 tangkai bunga daun bawang - potong 2 cm
1 sudu kecil garam
serbuk lada hitam
serbuk lada sulah
mix herbs
minyak untuk menumis

Cara:
1- Panaskan minyak masak. Tumis bawang kecil. bawang putih, bawang besar & cili hingga naik bau
2- masukkan udang. kacau rata. Bila udang dah bertukar warna
3- masukkan bunga daun bawang, serbuk lada hitam, lada sulah, mix herbs dan garam. kacau rata. tutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..