Pages

5 April 2016

Aleeya dan MRSM Jeli April 2016. 4 bulan penantian...

 Pengumuman SBP sudah keluar. Dia tak dapat. Tawaran Maahad Muhammadi (P) KB dapat, aku pulak tolak. Tunggu rayuan Naim Lilbanat, tak dapat dapat. Nama masuk list Sem Men Zainab 1 (SEMENZA). Setelah 3 bulan, lepas CNY haritu keluar intake 1 MRSM. Nama dia tak ada. Ok lah, sekolah je la di SEMENZA. Malas nk fikir dah.

Malam rabu 3.4 dapat SMS mengatakan permohonan Aleeya dapat! Aku mcm biasa tak de rasa apa. Budak tu dh seronok di SEMENZA. Duduk asrama. Hari Khamis ambil dia di asrama, aku inform dia dapat MRSM. Mula dia ckp nk fikir dulu. Aku pulak ckp, duduk MRSM Jeli tu tak boleh la balik setiap minggu. Aku pon tak boleh visit kerap hihi. Terus diam.. balik rumah dia tidoooooooo. Dinner aku tanya, daddy pon tanya..dia ckp ikut umi lah. Dia ikut je. Daddy dia ckp x yah la.. jauh! Emmm aku rasa tak best plak tolak. Nanti aku jugak menyesal. So tanya kawan2.. of coz semua suruh pergi. Ok setelah fikir & timgang timang.. pergi je la Aleeya. Peluang depan mata. Buat apa tolak. Berpuluh ribu merayu tak tentu lg dapat.

Maka bermula la urusan aku ke hulu ke hilir siapkan dia. Dari inform semenza. Xtrat. Check up. Beli barang. Bayar yuran. Setel Sabtu & Ahad!

 Ambil gambar hok comey sket..



 Jam 7.00 pagi sudah gerak dari rumah. Jam 8.30 pagi sudah sampai. Laju sebab tiada kenderaan lain atas jalan heheh..

 Untuk anak anda yg bakal memasuki MRSM, elok buat bayaran terus di kaunter MRSM negeri, daerah atau bank. Nanti masa daftar laju je.. lancar je..bagi semua perkara wajib yang perlu ada. Ini selesai semua dah. Baju pon dah susun dlm locker. Tengah tunggu cikgu homeroom nk kenal kenal..


 Ok sudah capek... dah nak send dia ke dewan besar. Ada aktiviti utk pelajar form 1.
Mudahan anakanda Aleeya Sofea dapat menyesuaikan diri di sini. Menuntut ilmu dan berjaya dunia akhirat. Segalanya umi sokong dari belakang seperti yang umi sentiasa pesankan. All the best!!

3 ulasan:

  1. alhamdulillah. sejuk hati tgk anak dpt masuk MRSM kan :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah puan. Rasa lega. Setapak sudah meniti anak tangga. Harap janganlah terleka. Mudahan PT3 dapat tukar mrsm terbaik pula.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah puan.
    Sy pun tgh menunggu result mrsm 2017.
    Ank sy x berjaya ke sbp..... san x buat rayuan pun. So...mengharapkan mrsm. Sekarang sekolah harian biasa.Semoga dapt ke mrsm nanti mcm anak puan.

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..