Pages

28 Ogos 2019

Siakap Stim Asam Boi cara Fizan Nazira

Masak untuk Tok Haji makan tengahari Siakap Stim Asam Boi. Minta buatkan kuah banjir. Senang nak buat kuah nasi.

Nah resepi cara Fizan Nazira masak. Nak #share, nak simpan, nak tiru silakan. Tekan butang SHARE lagi bagus.

๐—ฅ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฆ๐˜๐—ถ๐—บ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ผ๐—ถ (Fizan Nazira)

• Seekor Ikan Siakap
• 1 labu bawang putih tumbuk kasar
• 2 inci halia racik halus
• 2 batang serai potong menyerong nipis
• 4 biji asam boi putih
• 3 helai daun limau purut
• setangkai daun ketumbar
• air limau nipis
• sos sotong/ikan/nampla
• gula
• 2 sudu minyak masak
• sedikit air

Cara-caranya :
1) kukus ikan siakap sehingga masak. Ketepikan.
2) tumis bawang putih sehingga naik bau, terus  masukkan air. 
3) masukkan halia, serai, akar ketumbar dan asam boi. Biar mendidih. Masukkan daun limau purut.
4) masukkan air limau nipis, sos nampla dan gula. Korang rasakan. Mana kurang tambah sampai dapat rasa lazat ikut tekak masing-masing.
5) nak pedas boleh ketuk cili api banyak mana, masukkan waktu ni.
6) tutup api dan curahkan atas ikan Siakap kukus tadi.
7) hias dengan daun ketumbar. Siap!

Selamat mencuba.
______
Fizan Nazira
Dapur Nazira's

LIKE , #share dan TAG posting ini ya.

Jangan lupa FOLOW Fizan Nazira dan set SEE FIRST.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..