23 Julai 2009

Marble Cake


Tempoh hari saya ada menceritakan kawan lama suami dan saya akan datang kan..hehe tak jadi la pada hari tersebut... Maka mee rebus tu terpaksa juga kami suami isteri habiskan..kih kih kih..nasib baik perut mmg lapar kan.....malam tu juga tinggal sikit mee nye....jadi, pagi2 lagi sudah licin lah..... Alhamdulillah....

Tapi, hari semalam (Rabu) pulak kawan kami tu akan datang.... terpikir boleh buat kek la sementara bahan-bahan ada..... maka ini lah hasilnya... Kek Marble susu...... tidak berapa manis sangat coz saya dah kurangkan gula dan susunye..... sedap juga..cuma jadi lambat sikit habis kerana ada pula roti dan kuih yang di bawa oleh kawan kami tu sebagai buah tangan......

Resepi
KEK MARBLE SUSU
Sumber : Chef Norzailina Nordin


250g mentega -chome pakai seketul buttercup
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalete
4 biji telur
270g tepung superfine
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Kaedah penyediaan :

1.Pukul mentega,gula kastor & ovalette hingga gebu & kembang.

2.Masukkan sebiji demi sebiji telur. Pukul hingga naik.

3.Masukkan tepung,serbuk penaik. Kacau rata.

4.Bubuh susu,gaul sebati.

5.Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko,susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian

6.Bubuh ½ senduk adunan biasa ke dalam Loyang yg dilengser dan dialas dgn kertas kalis minyak.ratakan pula ½ senduk adunan koko. Ulang sampai habis.

7.Goyangkan Loyang supaya adunan menjadi rata.

8.Bakar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.





Feluk Shiom..

post signature



Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.



2 ulasan:

  1. mengngatkan aku pd kek marbel kak zu...hehe

    BalasPadam
  2. haha tu la kan...tp aku buat kali ni kureng gebu sket..next nk try kek lain pulak...

    perghh mana la badan tak naik ye dak....makannnn kekkk aje kejenyer...

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..