1 Ogos 2010

Cream Puff


Pertama kali buat Cream puff, menjadi la sikit.. dulu, pernah juga aku buat..mengikut resepi yang ada gambar step by step. tak ingat aku print out dari blog resepi siapa...tapi dah lama dalam tahun 2008 kut. Teringat kat cream puff Ainal yang dia bawa masa gathering hari tu... sedap dan gebunya!!

Dulu, aku pernah buat... tak jadi.. keras adunan dia... aku rasa teknik salah agaknya. Padahal resepi yang sama. Ini, aku dah tahu bagaimana nak buat.... boleh buat lagi untuk makan sendiri...

Di Kota Bharu, RM1 dalam 10 biji comel-comel saiznya... kalau buat sendiri, saiz XXL dengan inti yang penuh! - LOL


Resepi Cream Puff (10 biji)

100ml air
45g butter suhu bilik - potong 1cm
60g tepung gandum - ayak
2 biji telur


Cara:
  1. panaskan dahulu oven pada suhu 200C. Alasan dulang oven plate dgn aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kemudian ayaklah tepung - ketepikan. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sebati.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana dan kuatkan sehingga mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis. Padamkan api.
  5. Masukan telur. Kacau cepat-cepat

  • masukkan ke dalam piling bag. Pipe kan ke atas dulang dalam anggaran 5cm.
  • Spray air di permukaan cream puff. Bakar dalam oven 200C selama 15minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25minit lagi. Jika hendak nampakkan lagi perang, biarkan cream puff dlm oven sebelum dikeluarkan selepas api di tutup.

Bahan Inti

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu gula
1 cup susu segar
1 biji telur grade A
1 sudu besar mentega


Cara:
Masukkan bahan dari 1-3 dalam mangkuk. Campurkan 1 hingga 2 sudu besar susu dan kacau hingga hilang ketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan baki susu.

Wrapping mangkuk. Kalau nak senang, guna bekas plastik yang tahan panas mikrowave yang berpenutup. Masukkan dalam microwave, guna suhu paling tinggi. Setiap 1 minit keluarkan dan kacau. Biasa minit kedua adunan dah pekat. Kacau sampai sebati dan pekat. keluarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..