1 Ogos 2010

Stem Antik Saya


Biasa tak tengok kulit album stem untuk kanak-kanak ni? Ini la hasil kumpulan stem yang aku ada semasa darjah 6 dulu. Darjah 6............... ermm sudah hampir 20 tahun usia album stem ni. Kulitnya masih elok..cuma ada pecahan sikit di tepi tulang album.

Usia album ini 20 tahun lebih. Tetapi usia stem di dalamnya ada dari tahun 60-an... 50-an.... lagi tua dari itu pun ada....

Aku sendiri dah tak ingat adanya buku stem ini sampailah aku balik kampung tempohari, mak aku ada cakap dia dah kumpulkan jarum mengait aku punya masa kecik-kecik dulu letak dalam laci almari antik dia. Dulu, kat rumah aku tu, almari antik tu la satu-satunya yang ada laci berkunci yang abah aku simpan dokumen penting seperti sijil kelahiran kami adik beradik..geran tanah..ntah apa2 lagi ada tu.... bila dah jadi antik, tinggal barang aku je kut dalam laci tu...hihi

Bila aku tarik laci tu... ternampak album tu bersama jarum mengait (Crochet) yang berkarat... suka!! suka!! terus aku ambil bawak balik. Keadaan dalam pun masih elok tak ada siapa usik. Adik beradik aku pun tak usik kalau barang aku ni. Dorang tak minat kut, lagi pun semua lelaki...

Kalau ikut, aku ada banyak lagi stem aku simpan..tapi bila letak dalam kotak...sendiri mahu ingat, abah aku pembersih dan pengemas orangnya..habis semua barang aku dalam kotak sudah kena campak di paya.... selamat jalan semuanya....

Kebanyakkan stem versi antik Malaya tu aku kutip di kampung aku di Titi Serong. Tu kalau korang peratikan ada cop stem Parit Buntar... dulu, rumah arwah nenek aku tu dari beranda sampai ke dapur penuh barang antik. Kerusi besi bertali plastik, sofa antik, pinggan mangkuk, perabot katil - meja solek - mesin singer kayuh kaki - almari sampai ler ke alat pemerah air tebu kayu tau... Sejak arwah meninggal tahun 1998/1999 aku tak sure kemana pergi semua perabot tu...mungkin mak su sudah jual/sedekah mungkin.... :(



Tulisan tangan aku ye tahun 6 dulu. Mesti kena tulis nama kan... :D



rare!!



Stem ABC bahasa isyarat... eh, aku boleh tau buat ABC dalam bahasa isyarat ni. belajar dengan kawan masa di sekolah agama rakyat petang darjah 3.



Koleksi stem binatang dari 10sen hingga seringgit.

** paling best, setiap sekeping stem tu aku tulis nama aku FIZAN** hi2x



sambung.................

2 ulasan:

  1. stem2 tu jadi kenangan fizan.. sy pun dh lupa stem dulu2 mcm mana gambarnya.. paling sy ingat gambar kelapa sawit dgn nenas tu je la..

    BalasPadam
  2. dulu masa sekolah mmg rajin berutus surat dng kawan2..maklum la itu je la penghubung kan... telepon mmg tak ada lagi.. ada byk lagi..letak dlm kotak..habis dah kena buang..ini je yg tinggal..

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..