Pages

19 Julai 2011

Durian Pasir Tumboh



Pagi tadi en.somi mengajak aku ke Selising untuk memburu PML. Aku nak cukupkan set teh Dumex aku yang cawannya belum cukup. Tapi tengok dulu, kalau barang ok, boleh pakai, x ada sumbing aku nak. Kalau ble nak juga membelek PML lain..

Jauh perjalanan... Sekali kedai tu tutup lah... Terus balik. Dalam perjalanan balik, nampak dah pokok-pokok durian kiri kanan sepanjang jalan berbuah lebat. Erm teringin la nak makan.
Info: dalam rumah ni, hanya aku dan Izzaty saja yg makan durian. Yang lain mandang dari jauh je

Sepanjang jalan di Pasir Tumboh ni banyak sangat gerai menjual durian. Semua fresh from pokok tahu! Ada pakcik baru je bawa seraga motor dia ke gerai ni.. Baru jatuh barangkali.

Murah je. SELONGGOK yg dalam gambar tu RM20. dapat banyak pada mata aku ler. Harap rasanya sedap... Sesedap baunya... ^^,



- Posted using BlogPress from my iPhone

2 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..