Pages

12 Julai 2011

Puding Kasih Bertaut


PUDING KASIH BERTAUT
Resepi: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen
Sumber: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 tsp sirap Rose
  • 2 tsp perisa pandan + pewarna hijau
Bahan-bahan B :
  • 1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar-agar di atas tadi)
  • 500 ml air
  • 1/4 cawan gula
  • 50 gm gula melaka
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan) * tak ada pandan tak pe, guna je perisa pandan dlm botol tu..


Cara Bahan A:-
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Cara Bahan B:-
  1. Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding:-
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.


**mmg sedap...menchongkammm!!**







Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

4 ulasan:

  1. so colourful...senang nih..leh buat!

    BalasPadam
  2. senang je mak su..baru teringat, dulu masa kecik2 kita slalu gak buat mcm ni..cuma yg plain tu kita ganti susu...sedapp!!

    BalasPadam
  3. terima kasih ita. ok gak rasanya..anak2 aku mkn sampai habis..kalau pelik2 sangat pun dorang x mau makan pulak

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..