16 Julai 2011

Tom Yam Power!




BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang bersaiz sederhana, kerat hujung muncungnya dan kaki2nya juga, cuci dan toskan
3 kuntum cendawan butang, belah 2 setiap satu
1 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
7 batang kacang sweet peas, kerat 2
1 biji tomato belah 6
1 batang saleri, kerat
10 biji cili padi thai merah, dititik
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, belah 6
1/2 inci halia, titik
1/2 inci lengkuas, titik
1/2 cawan santan
2 camca besar sos ikan
4-5 biji limau kasturi, ambil jusnya
Air secukupnya (yang ni agak2 yea)
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya, masukkan serai, lengkuas, halia, bawang besar, cili padi thai dan lobak merah. Biar mendidih hingga sayur lembut sedikit.
  2. Tambah sos ikan, garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan saleri, santan dan kacau rata. Renihkan sambil dikacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan sweet peas, tomato, cendawan dan jus limau kasturi, kacau dan sesuaikan rasa, masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas bersama nasi atau dihidangkan begitu saja...i likeee!!..


Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..