3 Oktober 2011

Antik: 154 keping stem lama saya.

Masa sekolah rendah, minat saya untuk mengumpul stem sudah ada.

Waktu tu medium perhubungan adalah surat, poskad. Paling glamour adalah surat. Maka pekerjaan seorang posmen sangat terkenal.

Saya collect stem dari zaman Malaya lagi. Stem stem lama saya kutip ketika balik kampung di Titi Serong. Maklum, di rumah arwah nenek di Parit 80L tu, pakcik-makcik agak educated dan mereka belajar jauh. So, surat menyurat tu banyak. Stem pun banyak

Dari stem koleksi binatang hampir pupus, bunga kebangsaan Malaysia, kereta nasional negara, macam2 saya simpan lagi.

*cuma sayang, dulu saya rajin bawa koleksi stem ke sekolah. So, gatai pulak tangan ni gi tandatangan dgn pen setiap atas stem. Aduiii rugi la. Dah x ada value!! Tak pe la. Dapat anak cucu saya esok tengok jadi lah.

Rupanya suami pun ada collect stem masa dulu. Ada satu album.

Sekarang kami still lagi collect, memandangkan orang dah tak berapa nak berkirim kirim surat, orang sekarang pakai sms, e-mail.. Maka stem kena lah beli. Kami membeli stem keluaran terhad pula buat koleksi.

Tradisi surat menyurat kite tetap buat dengan tukar tukar kad raya setiap tahun. Kalau tidak, dah la x dapat dah kad raya, stem pun tak de!! Nasib baik ada geng Perak beberapa orang... Setiap tahun ada la dapat kad.. Itu pun EXCHANGED!!! bole??! Syukur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..