Pages

15 Disember 2011

Memphis Magic & Parfume Paradise Roses


Cantik kan? Kagum dengan warna dan bentuknya. Baunya jangan cerita lah. Harum sangat. Nama ros ini Memphis Magic. Memang sangat magis.... 



Sudah 4 hari hujan berturut di Kota Bharu. Sudah 4 hari juga pokok ros aku kena hujan. Macam membazir je aku letak baja. Habis ke tanah juga.. minta-minta sempatlah si akar menyerap baja... cepatlah kau keluar tunas ya pokok....



Ini antara pokok ros aku paling tahan lasak. Sudah 4 tahun dia tinggal dengan aku. Pernah diabaikan seketika waktu dulu. Tak berbaja..tak siram pun.. pandai pandai la kau hidup... mujur tak mati... Tapi memang sadis keadaannya... daun pun sikit. Sekarang dah start belai semula.. jangan merajuk terus sudah.. Aku nak pindahkan dia dalam tanah lah. 4 tahun dalam pasu, akar pun dah serabut agaknya. Kalau duduk dalam tanah, mungkinkah ia akan lebih besar? Lebih lebat berbunga?

Bunga??? Paling wangi dalam koleksi. Tapi sayang, tak tahan lama.. 3 hari sudah mau relai... Sebelum relai, aku zasss kasi duduk dalam rumah... harum saja rumah dengan bau dia walaupun sekuntum je pun.




Coretan,
Fizan Wan Pani
post signature

1 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..